Hi guys,
Ni first time tulis blog, jadi perkenalkan diri dulu.
Saya Aisyah. Just an ordinary people. Mempunyai banyak kekurangan diri kerana setiap manusia mempunyai kelemahan diri. Ingin membaiki kelemahan diri. Saya nak minta tolong agar tegur saya kalau cara penulisan saya ni salah atau ada membuat orang terasa hati. Saya budak baru belajar.
So,enjoy my first entry✌
First thing sekali is selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia ni. Jangan ponteng puasa..nanti tuhan marah..jawablah time akhirat nanti..Banyakkanlah membuat amal kebaikan sebab masa Ramadan nilah kita nak kumpul pahala banyak2. Lagi2 solat tarawih. Bulan lain mana ada solat tarawih, bulan ramadan je ada. Jadi,rajin2kanlah diri anda untuk solat tarawih berjamaah di masjid/surau. Tapi ada segilintir tu pergi masjid tapi tak solat. Tak tahulah diorang buat apa.Hanya Allah yang Maha Mengetahui.Bagus dah pergi masjid, tapi niat tak betul. Ingatlah tujuan anda ke masjid untuk beribadah, bukan untuk melepak,main mercunlah, itulah, inilah.
Siapa dah beli baju raya?? Saya dah beli, anda bila lagi..hehehe. Apa tema baju raya korang tahun ni? Biru? Oren? Pink? Ke takde tema? Tahun ni tema baju raya keluarga saya biru. Wonderful blue! Ada kisah sedih tau di sebalik baju raya ni...huhu. saya nak beli satu baju raya ni. Dah berkenan di hati dah. Mak saya pun cakap ok. Lepas habis try baju, keluarlah dari bilik persalinan.
Mak tanya "Muat tak?''
"Muat''
Tiba-tiba,mak tarik saya. Kitorang cakap kat belakang baju-baju.
"Abah tak bagi beli."
"Sebab?"
"Mahal sangat."
Hancur betul hati masa tu. Penat round mall tu nak cari baju raya. Tiba2, dah ada yang berkenan, tak boleh beli. Rasa nak meraung je kat mall tu. Mak saya pun cakaplah kat pekerja tu tak muat. Mak tanya "Tak muat kan dengan kakak? Dua2 saiz kan?" Saya hanya mengangguk😔. Fikiran tak rasional je masa tu. Akhirnya, dapatlah jugak baju raya walaupun main pilih je sebab tak larat dah nak fikir pasal baju raya. Itulah kisah sedihnya..Korang mesti ada jugak kan pengalamn macam ni. Takpe, life must go on.
Tu baju raya. Menu berbuka puasa pulak. Kebanyakannya meestilah pergi bazar ramadan kan. tak sah puasa kalau tak pergi bazar ramadan. Ayam golek ada😋, roti john ada, cakaplah nak apa mesti ada punya kat bazar ramadan tu. Keluarga saya bukan jenis yang pergi bazar ramadan. Kitorang masak je kat rumah. Tapi yang paling susah sekali ialah nak masak apa. Persoalan yang selalu mak saya tanya kat anak2 dia. Ingat senang ke nak pilih menu. Banyak benda kena fikir. Ada bahan tak? Macam mana nak masak? Sempat ke nak masak? Pening kepala nak fikir. Dahlah ada baby kat rumah saya. Bila nak masak? Bila nak jaga anak? Huish,pening2..Last2, mak saya masak..bukan ayam goreng eh tapi macaroni bakar. Hah, sempat dia masak tu tanpa pertolongan anak dara dia ni. Anak dia ni pandai tidur je, Keluar2 bilik dah bau dah macaroni tu. Sedap hingga menjilat jari rasa dia. Itulah emak. Akan cuba sebaik mungkin supaya anak dia mendapat yang terbaik walau susah sekalipun. Jadi hargailah emak anda ye.P/s:Sorry ye umi tak tolong kat dapur sangat.
Ok,cukuplah untuk hari ni..Kalau saya ada masa lagi, bolehlah tulis blog lagi. Bye!
p/s:kalau korang nak comment first entry ni,commentlah. Bagi nasihat jugak ye sebab saya nak improve saya punya blog nanti. Thank you😉
No comments:
Post a Comment